Sunday, February 14, 2010

alahai Wanita BN...

Sunday, February 14, 2010
'Mencari jalan penyelesaian atau mencari bala'.

Inilah kenyataan yang dapat dirungkaikan apabila melihat kenyataan Rosmah selaku isteri PM kita yang tersayang dan juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timb Menteri (BAKTI) berkenaan dengan isu kes pembuangan bayi diMalaysiakini pada hari ini. Beliau melahirkan rasa kesal dan berkata bahawa tindakan perlu diambil terhadap individu yang terlibat dalam pembuangan bayi terbabit.


Kes berkenaan pembuangan bayi sudah menjadi seolah-olah perkara biasa kepada masyrakat di negara kita. Kita seharusnya mengambil tindakan untuk MENCEGAH faktor-faktor yang menyebabkan kes ini berlaku iaitu zina dan rogol, bukannya MENGHUKUM individu-individu berkenaan. Perkara ini harus dibendung dan dicantas di peringkat akar umbi lagi. Bermula dengan 'jelajah ke setiap negeri' untuk beri penerangan tentang bahayanya gejala sosial yang tidak sihat ini daripada terus menular di dalam negara yang kita cintai ini.

Juga bukannya kita membuka seluas-luasnya peluang kepada ibu yang melahirkan anak luar nikah untuk meletakkan anak yang tidak bersalah itu di rumah-rumah kebajikan seperti yang dicadangkan oleh Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe kepada Malaysiakini pada hari ini.

Jelas, tahap pemikiran Wanita BN tidak matang dan kelihatan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani masalah ini. Sepatutnya perkara ini diatasi secara mendalam dan mengesan 'ibu'nya terlebih dahulu, barulah masalah ini dapat diatasi secara membumi.

Saya berharap Wanita PR akan berfikiran lebih matang dan rasional serta membumi dalam mencari jalan penyelesaian buat masalah-masalah yang berkaitan dengan wanita.

Selamat berjuang buat Wanita PR!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates