Thursday, February 11, 2010

Jom beradab dalam berJemaah...!!

Thursday, February 11, 2010
Assalamua'laikum...

di saat timbulnya pergeleseran antara 2 org figure utama PAS,

YB Khalid Samad (YDP PAS Shah Alam+Ahli Lajnah Politik Pas+Ahli Parlimen Shah Alam)
dan

YB Dr. Hassan Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor+Adun Gombak Setia+Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal Islam Adat-adat Melayu, Infrastruktur Kemudahan Awam)

PAS di bwh pimpinan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man membuka fail Jawatankuasa Disiplin (JD) bagi memulakan penyiasatan kes mereka...

keterangan daripada YB berdua ini sudah diambil...
lalu terbitlah hasil keputusan daripada siasatan ini :

~kedua-duanya didapati bersalah~

YB Khalid Samad : Digantung keahlian selama 6 bulan dari memegang jawatan YDP PAS Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS)

YB Dr. Hassan : Diberi amaran bertulis

~kedua-duanya tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan Pakatan dan Parti~

Apa yang saya nk sentuh adalah apa yang berlaku sejurus keputusan ini dikeluarkan..

Terdapat segelintir ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini...mereka mempertikaikan keputusan antara YB Khalid dan YB Hassan dengan merujuk kepada kesalahan mereka (yang saya tidak berhajat untuk dedahkan..anda boleh cari sendiri) yang dikatakan tidak 'fair'....
hukuman !fair kesalahan

lalu mereka mengkritik secara umum sedangkan parti ada saluran'y jika pihak y berkenaan ingin mengemukakan bantahan ataupun rayuan...
sesiapa yang ingin mengemukakan rayuan boleh terus kemukakan kepada Setiausaha Agung parti then if berasas, JD boleh buka blk siasatan...

hmm...di manakah adab kita dalam berJemaah??

menjaga adab amat penting dalam memelihara keharmonian gerak kerja parti...kukuh'y kerajaan Islam Madinah yang dipimpin oleh Saidina Mustoffa Habibullah Muhammad S.A.W. kerana salah satu faktor'y adalah mantOpnya disiplin ahli dalam Jemaah Islam pada ketika itu...

oleh itu, marilah kite bersama-sama memperbaiki diri kita...memperbaiki adab kita dalam berJemaah agar Jemaah yang kita intima'kan ini akan memberi sumbangan yang besar terhadap Islam...

insyaAllah..takbir!!~~

penulis adalah ahli yang baru hendak berjinak2 dengan perjuangan PAS..mhn maaf jika terdapat kesalahan di dalam penulisan ini...mhn kritikan yang membina..~

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates