Saturday, February 13, 2010

Krisis di Pulau Pinang

Saturday, February 13, 2010
Setelah 2 tahun PR mengambil alih tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, pelbagai fitnah, tohmahan dan isu yang hebat diketengahkan oleh UMNO BN semata-mata untuk memberikan gambaran buruk terhadap rakyat negeri tersebut dan rakyat di negara ini terhadap kempimpinan PR.

Isu terbaru yang lantang disuarakan oleh UMNO BN adalah berkaitan tuduhan yang cukup dahsyat kepada Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dengan tuduhan bahawa beliau adalah diktator, komunis dan sebagainya. UMNO BN mendakwa bahawa kerajaan PR di bawah pimpinan Lim Guan Eng mengenepikan hak orang Melayu dan Islam. Mereka mendakwa gerai orang Melayu banyak dirobohkan berbanding gerai Cina dan India.

Berikut adalah petikan daripada Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Mohd Ghazali :

"Perdebatan isu roboh gerai di Pulau Pinang menjadi hangat apabila DPMPP, GPMS dan Umno tiba-tiba bersemangat kononya demi bangsa dan agama.

“Kita nak lihat apakah hujah mereka walhal Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja bertindak terhadap gerai Melayu bahkan Cina dan India turun dikenakan tindakan kerana tidak mengikuti peraturan sejak di zaman Barisan Nasional (BN) lagi, " ujarnya.


Beginilah perangai UMNO BN yang mempermainkan isu 'Melayu' semata-mata untuk meraih simpati masyarakat terhadap mereka. Bermain dengan isu 'Melayu' ini tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Demo ke sana ke mari dengan hanya ingin memperjuangkan 'Melayu' yang kononnya membawa Islam. Apakah perasaan orang Cina dan India Muslim apabila melihat keadaan ini berlaku? Mereka akan merasa bahawa mereka didiskriminasikan. Islam itu membawa Rahmat ke seluruh alam tidak kira muslim atau tidak.

Jadi, adakah betul UMNO BN membawa Islam? Islam hanya pada Banner, Islam hanya pada nama, Islam hanya pada program akan tetapi tiada penghayatan terhadap nilai-nilai Islam yang sebenar. Media UMNO seperti Utusan Malaysia sanggup membiarkan UMNO BN 'menunggai' mereka semata-mata untuk melemparkan pelbagai fitnah, tuduhan keji dan biadap kepada PR. Sebenarnya mereka takut dengan kekuatan PR, mereka menjadi gelisah dan kelam-kabut lalu diperalatkan Utusan Malaysia untuk tujuan jahat terhadap PR.

Kes terbaru berhubung dengan isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Pap! Utusan Malaysia mengwar-warkan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang tidak akan melakukan perarakan tersebut. Pap! TPM Muhyiddin Yassin dengan lagak hero hindustannya menemplak kerajaan Pulau Pinang. Hey! pehal lah dengki sangat dengan PR ne.

Perarakan Maulid Nabi sudah awal-awal lagi dimasukkan dalam kalendar kerajaan negeri. YB Malik dan YB Lim Guan Eng sudah 'declare' bahawa perarakan ini akan dijalankan sekali gus menafikan tuduhan yang tidak berasas itu. 'Sudah terang lagi mau suluh'.

rujuk ini : http://www.malaysiakini.tv/video/18573/penang-govt-never-any-plans-to-cancel-maulidur.html

Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong kerajaan PR yang lebih membawa kepada perpaduan nasional, keadilan yang saksama terhadap semua kaum, bebas penyelewengan rasuah, pengstrukturan ekonomi yang mantap dan keharmonian dalam negara. Marilah kita sama-sama menolak UMNO BN yang semakin lama semakin pudar dalam peta politik di negara kita ini. Tunjukkanlah kuasa kita di PRU 13 nanti!!

salam perjuangan ! Marilah bernaung di Bawah Pentadbiran Islam nescaya kita akan selamat dunia akhirat!


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates