Thursday, February 11, 2010

pe kes kat Perak ne?

Thursday, February 11, 2010
salam perjuangan dan salam imtihan buat sahabat seperjuangan di UIA...

hmm...pe kes kat perak ne? bagaikan episod cerita yang xberkesudahan..ingtkan naruto jer episod panjang, tapi kat Perak pn same..huhu~

act, slpas PRU 12, orang Perak da selesa da dan bersedia untuk terima pentadbiran kerajaan PR, tapi ader pulak 'ular2' yang cuba menyelinap dan memecahkan pentadbiran kerajaan PR lalu menghalau beberapa ekor 'katak2' ke parti sebelah dengan tawaran 'lalat emas'.

dengan xmalu'y, muncullah anakonda (pengerusi UMNO Perak adhoc) bersama-sama dengan 'katak2' tersebut di khalayak ramai...diisytiharkan bahawa 'katak2' tersebut berlindung di bwh kekuasaan anakonda tersebut..haa?? apakah ini? haha~ lawak2...

kemudian pengerusi UMNO Perak bertukar kepada org lain...dier ingt jawatan ne bapak dier puyer ker??
lalu muncullah kerajaan kudeta BN di Perak y dikepalai oleh Zambry...kejadian ini sgt membuatkn rakyat Perak berasa diri mereka ditipu...hak mengundi mereka pada PRU 12 tempoh lalu seakan-akan tidak ada erti apa-apa...

justeru itu, PR menyusun beberapa langkah dan strategi bg memperjuangkn hak rakyat Perak y inginkn keadilan y saksama...

MB PR Perak Dato' Seri Ir Nizar telah memohon kepada kepada Mahkamah untuk mengesahkan bahawa beliau adalah MB Perak yang sebenar dan sah....setelah diteliti, lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa beliau adalah MB Perak yang sebenar dan sah...

namun, tidak semudah itu bagi BN untuk menjadi 'kayu tunggul', dengan pantas Zambry mengemukakan rayuan...permohonan Zambry untuk mengekalkan beliau sebagai MB Perak diterima oleh Mahkamah Rayuan..

PR y mempunyai semangat y tinggi dan tidak mudah menyerah kalah terus memintas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut dan membawa perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan....

tibalah sgt 9 Februari 2010 yang menentukan skali ag bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah dan sebenar di mata Mahkamah Persekutuan aka tetapi bukan di mata Rakyat...

oleh itu, kepada PR..jgn kita berhenti berjuang untuk kembalikan keadilan di Malaysia di sini sahaja..sesungguhnya, perjuangan kita masih jauh, panjang dan berterusan...
perkukuhkan Pakatan kita!!~~

kpd BN...weih Zambry, klu brani bubar la DUN Perak!!
kita tgk Rakyat pilih spe...

di sini technoboyz @ jihadboyz menyeru kepada semua Rakyat dunia supaya memiliki konsep P(physical) I (Intellectual) E (emotional) S (spiritual) yang ji2...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates