Sunday, March 21, 2010

Ke Arah Membentuk Negara Islam Malaysia (2) - ATM dan PDRM

Sunday, March 21, 2010
Assalamua'laikum.

Sepanjang 51 tahun UMNO-BN memerintah Malaysia, sepanjang itulah sistem pertahanan negara yang merangkumi ATM dan PDRM mengalami pelbagai transformasi sama ada baik atau buruk rakyat sahaja yang boleh menilainya.

Pada entry kali ini saya ingin menyentuh, bagaimana ATM dan PDRM Malaysia boleh menjadi pasukan yang hebat sekaligus menaikkan kepercayaan rakyat kepada pasukan tersebut. Hal ini juga sebagai persiapan kepada PAS selaku kompenan penting dalam PR untuk membaik pulih ATM dan PDRM ini.

Kita selaku rakyat dapat melihat banyak penyelewangan hatta rasuah yang berlaku dalam dua institusi penting ini. Bermula dari pihak atasan sehinggalah ke pihak akar umbi sekalipun gejala ini masih berleluasa. Juga mengenai aqidah, ibadah dan akhlak, sepatutnya ATM dan PDRM wajib mempunyai nilai-nilai (seperti y disebut di atas) ini dengan begitu sempurna sekali memandangkan mereka ini orang yang akan mempertahankan negara dari serangan musuh atau lebih besar lagi mempertahankan Agama Islam daripada dicemari musuh.

Bagaimana pertolongan Allah hendak sampai sekiranya perkara asas agama tidak settle?

Mengimbas kembali pengalaman saya ketika mana ditangkap oleh FRU pada satu ketika dahulu, ketika mana saya dibawa ke HQ FRU. Saya melihat keadaan keluarga polis memang mengecewakan saya. Ada yang tidak memakai tudung, pergaulan bebas dan lain-lain.

Dengan itu, sebagai persiapan kita bagi membentuk negara Islam Malaysia wajib bagi kita untuk mengikuti apa yang telah dibuat oleh Khulafa' ar-Rasyidin yang terdahulu. Di sini saya akan mengambil Khalifah 'Umar Abdul Aziz sebagai contoh.

Semasa pemerintahan beliau, memang, beliau amat mementingkan kebajikan dan keadilan kepada rakyat sehinggakan apabila di arahkan kepada penjaga baitulmal untuk mencari orang yang layak untuk menerima zakat, apa respond ramai? masing-masing mengatakan bahawa mereka sudah mempunyai keperluan yang cukup dan sudah 'kaya'. Maka dengan itu, terbuktilah bahawa kebajikan semua rakyat di bawah Khalifah 'Umar Abdul Aziz dijaga dengan begitu sempurna.

Juga pada tentera-tenteranya, Khalifah 'Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya semua tentera-tenteranya menunaikan solat lima waktu, meninggalkan perjudian dan meninggalkan arak. Kepada menteri-menterinya juga Khalifah 'Umar Abdul Aziz mengeluarkan arahan sebegitu. Bagi Khalifah 'Umar Abdul Aziz, persiapan rohani amat penting bagi pasukan tentera kerana dengan itu keberkatan dan pertolongan Allah akan sampai.

Jika sebelum ini, wanita muda yang ingin berjalan seorang diri pasti tidak selamat, tetapi pada zaman Khalifah 'Umar Abdul Aziz, mana-mana wanita muda yang ingin berjalan seorang diri pasti akan dijamin selamat! masyaAllah, sampai begitu kesannya.

Di sini, saya mencabar Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri supaya mengeluarkan arahan seperti mana yang dikeluarkan oleh Khalifah 'Umar Abdul Aziz kepada tentera-tenteranya.

Tindakan seperti inilah yang perlu kita contohi bagi membentuk Negara Islam Malaysia yang betul-betul Islam sekaligus memberi harapan untuk kita membina kembali Khilafah Islamiah.

Barulah segala macam masalah yang dihadapi oleh ATM dan PDRM dapat diselesaikan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Selamat Berjuang!

*mohon kritikan yang membina daripada pembaca sekalian kerana penulis merupakan orang yang baru dalam perjuangan

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates