Monday, April 26, 2010

Banyak Hikmah yang PR Dapat daripada Kekalahan di P.94

Monday, April 26, 2010
Ternyata kekalahan PR di Hulu Selangor pada 25 April yang lalu memberi peluang kepada PR untuk memuhasabah kembali kelemahan dan memperkasakan lagi kekuatan.

PR seharusnya bersyukur kerana Allah memberikan kita peluang untuk menjadi lebih bersedia bagi menghadapi peperangan PRU-13 yang akan berlangsung 2tahun akan datang, insyaAllah.

Sebenarnya istilah 'kekalahan' amatlah tidak sesuai bagi kerana undian yang diperolehi oleh Dato' Zaid masih lagi hebat iaitu 23, 272 undian. Istilah yang sesuai ialah 'tidak menang lagi'.

Kepada jentera-jentera PR, saya selaku rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memerah keringat yang begitu dahsyat sekali dalam usaha untuk meraih pengundi bagi menyokong calon Rakyat iaitu Dato' Zaid Ibrahim.

Marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam segenap aspek terutamanya agama untuk membebaskan Malaysia daripada cengkaman orang-orang yang suka membuat kezaliman!

Ayuh!
Lawan Tetap Lawan!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates