Tuesday, June 8, 2010

Beginning of Your Day will decide the Rest of Your Day

Tuesday, June 8, 2010
Assalamua'alaikum

Posting kali ini memang pelik sikit, biasanya aku akan membicarakan mengenai hal-hal politik negara, tapi, kan Islam itu syumul (kata seorang sahabat di laman chatbox). Headline blog aku ini pun berkaitan dengan kesyumulan kan. huhu.

Alhamdulillah, Allah sudah memberi kehidupan kepada aku selama 20 tahun sejak 19 April 1990. Dan sejak dari saat itulah banyak perkara dalam kehidupan ini yang aku pelajari.

Imam Al-Ghazali berkata dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin, "Awwaluddin Ma'rifatulllah"-"Permulaan bagi agama itu adalah mengenal Allah"

Setelah memerhatikan kehidupan dunia dalam keadaan pemikiranku yang agak matang ini , aku dapat satu kesimpulan ataupun satu teori iaitu "The Beginning of Your Day will decide the Rest of Your Day". Aku percaya teori ini sudah wujud lama tapi aku keluarkannya berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Cuba kita perhatikan, apabila kita mulakan hidup kita dengan qiamullail, baca quran, solat subuh secara berjemaah, al-ma'thurat, hizib nawawi dll maka kita akan dapati bahawa aktiviti kita pada hari tersebut akan menjadi baik.

Baik dalam erti kata, aktiviti-aktiviti yang kita lakukan adalah aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan berguna bagi kita.

Dan juga kita akan merasakan ketenangan di dalam jiwa kita dan kesenangan untuk kita menghadapi apa jua rintangan dan cabaran yang mungkin akan berlaku pada hari tersebut.

Sebaliknya, jika kita mulakan hari kita dengan bangun lambat, terlepas subuh, tidak membaca al-Quran, tidak berzikir dll kita akan mendapati aktiviti yang akan kita lakukan pada hari tersebut semacam ada kekurangan something.

Kekurangan dari segi hati kita tidak tenang menghadapi aktivit-aktiviti pada hari tersebut, kita akan banyak membazir masa pada perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti banyak tidur, main game, layan web-web sosial yang tidak berfaedah, layan video atau filem yang tidak berfaedah dan sebagainya.

Oleh itu! kita mestilah perbaiki permulaan kehidupan kita untuk kita mendapatkan hari yang baik!

Namun, teori ini akan berubah dengan mujahadah yang kita lakukan dalam diri kita.

Semoga Kita Peroleh Permulaan Hari yang Diredhai Allah!


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates