Wahai Pemuda Muslim yang menjadi Mujahid!
Di mana juga saudara berada saudara hendaklah bersama dengan Kitab Allah
Perhatikanlah isinya dan bacalah ia dengan sungguh-sungguh
Dalam Al-Quran terdapat bekalan yang cukup semasa di jalan Jihad
Di surah-surah dan ayat-ayat yang menyentuh mengenai Jihad dan peperangan fi sabilillah
saudara hendaklah berhenti lama dan hafallah ia semampu yang saudara boleh
Ia akan membekalkan saudara segala perkara yang saudara perlukan dalam Jihad dan memerangi musuh Allah
Baca dan perhatikanlah Sirah ketua mujahidin Sallallahu alaihi wasallam dan sahabat-sahabatnya yang menjadi orang yang beruntung
Begitu juga bacalah dan perhatikanlah mengenai gambaran Jihad yang terbaik
contoh-contoh unggul dalam berkorban, membela, berkasih sayang, mengutamakan sahabat,
bersiap sedia dan merancang dalam ghazwah(peperangan) yang berlaku.
rujuk : Pesanan dan Peringatan - Mustafa Masyhur
0 comments:
Post a Comment