Monday, June 7, 2010

Kerajaan Pening-pening Lalat

Monday, June 7, 2010
Hari tu kata kerajaan sudah luluskan lesen judi kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, tapi hari ini kata belum keluarkan lagi. Mana satu yang betul ni? Sah kerajaan sekarang adalah kerajaan pening-pening lalat.


Rakyat pun jadi pening dengan perangai dan kaedah kerajaan dalam memutuskan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kewangan negara.

Itu hari juga Dato' Ismail Sabri umum bahawa kedai runcit yang menjual beras, tepung gandum dan gula dikehendaki untuk memohon lesen runcit dengan bayaran RM10 sekali seumur hidup.

Selepas itu, ditarik semula pembayaran tersebut dan lesen runcit boleh didapati secara percuma di kementrian pengguna.

Alasan yang dikeluarkan untuk kedua-dua kejadian di atas adalah kerana hendak melihat pandangan-pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakan perkara-perkara tersebut.

Persoalannya adalah, apakah kerajaan tidak mendengar dan melihat pandangan rakyat sebelum bercadang untuk mengumumkan sesuatu keputusan yang secara jelas qat'i membabitkan kehidupan rakyat? Atau kerajaan hanya membuta tuli membuat apa jua sebarang keputusan?

Seingat saya dulu kerajaan pernah mengatakan bahawa ideologi kerajaan tahu segala-segalanya perlu diubah. Pendekatan yang bersama-sama dengan rakyat perlu diambil. Ke manakah fikiran-fikiran pemimpin kerajaan sekarang? Adakah berada di poket-poket menteri semua?

"Cakap xserupa bikin", inilah istilah yang sering ditujukan kepada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Saya doakan agar kerajaan BN insaf dan memberi laluan kehormat kepada kerajaan PR untuk memerintah negara yang ternyata lebih baik daripada mereka pada masa yang akan datang.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates