Sunday, June 13, 2010

~Najib Vs Vincent Tan~

Sunday, June 13, 2010
Assalamu'alaikum

Isu yang sedang hangat diperhatikan oleh Rakyat Malaysia dan khususnya peminat bola sepak dan juga 'mat pit judi' mengenai perlesenan Judi Bola HALAL 1Malaysia masih tidak diketahui statusnya yang sebenar.

Sebelum ini, laporan yang dikeluarkan bahawa lesen ini telah dikeluarkan dan dianugerahkan kepada Ascort Sport melalui Berjaya Group yang dinakhodai oleh Tan Sri Vincent Tan telah membakar hati-hati rakyat Malaysia yang 'care' mengenai integriti dan maruah negara Malaysia yang dikatakan sebagai Negara Islam yang Paling Maju ini untuk membantah perlesenan ini.

Terkesan dengan kehangatan pembantahan lesen judi ini daripada rakyat, VT terus membeli maruah dan integriti rakyat dengan menawarkan RM525 juta untuk diberikan kepada NGO-NGO kebajikan atas kepentingan supaya rakyat menerima perlesenan ini dengan hati yang terbuka.

Saya percaya bahawa rakyat tidak akan sekali-kali berganjak daripada prinsip dan pegangan agama masing-masing yang menentang habisan-habisan gejala judi y jelas sekali tidak bermoral! Moga kita istiqamah..

Tidak lama selepas itu, timbul pula kenyataan yang meragukan daripada Kementrian Kewangan di Parlimen yang menjawab pertanyaan salah seorang MP PR dengan menyatakan bahawa Kerajaan belum lagi meluluskan lesen judi ini dan kerajaan ingin mengambil pandangan dan suara-suara rakyat sebelum memutuskan apa-apa jua keputusan mengenai lesen judi ini.

Nah! mana satu yang betul? Kerajaan atau VT? Najib atau VT?

Najib terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian di Parlimen kerana takut kehilangan undian rakyat pada PRU-13 kelak tetapi beliau juga sayang kepada VT.

Rakyat atau VT?

Sama-sama kita lihat gelagat dua orang rakan karib ini menangani suara rakyat yang bencikan judi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates