Saturday, November 13, 2010

Indonesi Dulu dan Indonesia Sekarang

Saturday, November 13, 2010
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, akhirnya kembali juga aku dalam bidang penulisan ne setelah sekian lama menyepi..hehe..

Keadaan yang berlaku kat Indonesia kebelakangan ne memang sangat menyayat hati masyarakat antarabangsa. Bermula dengan peristiwa bencana tsunami yang melanda Aceh dan sehingga ke peristiwa Merapi Berapi. Mungkin ini bukanlah bencana alam yang terjadi dengan semula jadi, tetapi amaran atau musibah yang Allah Taala turunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. yang semakin lama semakin jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Wallahu'alam.

Kita tengok dahulu Indonesia adalah sebuah negara Islam yang melahirkan ramai Ulama' yang hebat sama ada dari segi ilmu dan juga sifat kepimpinannya. Indonesia dahulu merupakan medan yang terbaik bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu agama daripada Teungku-teungku, Kiai-kiai dan Tuk guru-tuk guru di rantau ini. Malah mengikut pengiraan saya, Gerakan Islam yang terawal yang wujud di Asia ini adalah di Indonesia ketika mana penjajah Belanda menjajah negara tersebut. (kalau salah tolong perbaiki ye)

Ketika zaman penjajahan tersebut, ramai ulama'-ulama' Islam yang bangkit memimpin masyarakat dan menubuhkan Gerakan Islam bagi menyekat kemaraan penjajah-penjajah ini sekaligus mengusir mereka daripada terus berada di bumi Indonesia. Kita boleh mengambil contoh perjuangan Teungku Chik di Tiro. Beliau adalah seorang ulama', mujahid dan tokoh reformis di mata rakyat Indonesia. Beliau memimpin gerakan rakyat Indonesia untuk menentang penjajahan Belanda ketika itu.

Begitu juga dengan Teungku Chik Kuta Karang di Aceh. Beliau seorang ulama yang mahir dalam semua ilmu sama ada ukhrawi dan duniawi. Beliau pernah menulis sebuah buku yang bertujuan untuk membangkitkan semangat warga Aceh yang ketika itu lesu untuk berjuang menentang penjajahan Barat. Beliau juga pernah menulis buku mengenai perubatan, bagaimana cara-cara hendak merawat tentera yang cedera semasa berada di dalam hutan. Buku mengenai ilmu falak juga pernah dikarang oleh beliau bagi tujuan memudahkan para pejuang Islam menentukan arah ketika berada di hutan pada waktu malam. Buku mengenai pertanian pun pernah dikarang oleh beliau dan banyak lagi buku-buku yang menjadi panduan rakyat Aceh pada waktu tersebut.

Ramai lagi ulama-ulama di Indonesia yang memainkan peranan yang sangat penting dalam mentarbiah masyarakat supaya berada di jalan pemanduan Islam yang sebenar.

Melihat kepada perkembangan Indonesia sekarang, banyak bencana yang berlaku di sana. Baru-baru ini kakak penulis yang baru sahaja ke Bandung. Dia kata,

"Indonesia dah tak sama macam dulu, dah tak nampak macam negara Islam, pakaian kalau kat hotel tu, semua seksi-seksi"

hu..adik penulis ada kenalan Indonesia, dia tanya keadaan di Indonesia sekarang macam mana, kenalan Indonesia tu kata,

"Indonesia dah macam negara Barat"

Penulis bukannya hendak membuka aib mana-mana pihak, keadaan ini sama sahaja dengan Malaysia. Penulis cuma ingin mengaitkan kejadian-kejadian yang terbaru yang melanda Indonesia sejak kebelakangan ini sebagai batu loncatan untuk kita bermuhasabah bersama-sama. Penulis bangga dengan usaha yang giat dilakukan oleh ulama'-ulama' Indonesia pada waktu ini untuk mengembalikan masyarakat Indonesia ke landasan Islam yang tulen. Pesantren-pesantren juga banyak di Aceh. Lagipun penulis teringin hendak ke pesantren Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki untuk bertalaqqi dengan beliau. Mohon doa sahabat dipermudahkan oleh Allah Taala ye.

'Ala kulli hal, moga kita menjadi orang yang bertaqwa di sisi Allah Taala.

1 comments:

Techno Boyz said...

ne bukan pengaruh KCB ye..huhu

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates