Sunday, March 21, 2010

Ke Arah Membentuk Negara Islam Malaysia (2) - ATM dan PDRM

Sunday, March 21, 2010
Assalamua'laikum.

Sepanjang 51 tahun UMNO-BN memerintah Malaysia, sepanjang itulah sistem pertahanan negara yang merangkumi ATM dan PDRM mengalami pelbagai transformasi sama ada baik atau buruk rakyat sahaja yang boleh menilainya.

Pada entry kali ini saya ingin menyentuh, bagaimana ATM dan PDRM Malaysia boleh menjadi pasukan yang hebat sekaligus menaikkan kepercayaan rakyat kepada pasukan tersebut. Hal ini juga sebagai persiapan kepada PAS selaku kompenan penting dalam PR untuk membaik pulih ATM dan PDRM ini.

Kita selaku rakyat dapat melihat banyak penyelewangan hatta rasuah yang berlaku dalam dua institusi penting ini. Bermula dari pihak atasan sehinggalah ke pihak akar umbi sekalipun gejala ini masih berleluasa. Juga mengenai aqidah, ibadah dan akhlak, sepatutnya ATM dan PDRM wajib mempunyai nilai-nilai (seperti y disebut di atas) ini dengan begitu sempurna sekali memandangkan mereka ini orang yang akan mempertahankan negara dari serangan musuh atau lebih besar lagi mempertahankan Agama Islam daripada dicemari musuh.

Bagaimana pertolongan Allah hendak sampai sekiranya perkara asas agama tidak settle?

Mengimbas kembali pengalaman saya ketika mana ditangkap oleh FRU pada satu ketika dahulu, ketika mana saya dibawa ke HQ FRU. Saya melihat keadaan keluarga polis memang mengecewakan saya. Ada yang tidak memakai tudung, pergaulan bebas dan lain-lain.

Dengan itu, sebagai persiapan kita bagi membentuk negara Islam Malaysia wajib bagi kita untuk mengikuti apa yang telah dibuat oleh Khulafa' ar-Rasyidin yang terdahulu. Di sini saya akan mengambil Khalifah 'Umar Abdul Aziz sebagai contoh.

Semasa pemerintahan beliau, memang, beliau amat mementingkan kebajikan dan keadilan kepada rakyat sehinggakan apabila di arahkan kepada penjaga baitulmal untuk mencari orang yang layak untuk menerima zakat, apa respond ramai? masing-masing mengatakan bahawa mereka sudah mempunyai keperluan yang cukup dan sudah 'kaya'. Maka dengan itu, terbuktilah bahawa kebajikan semua rakyat di bawah Khalifah 'Umar Abdul Aziz dijaga dengan begitu sempurna.

Juga pada tentera-tenteranya, Khalifah 'Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya semua tentera-tenteranya menunaikan solat lima waktu, meninggalkan perjudian dan meninggalkan arak. Kepada menteri-menterinya juga Khalifah 'Umar Abdul Aziz mengeluarkan arahan sebegitu. Bagi Khalifah 'Umar Abdul Aziz, persiapan rohani amat penting bagi pasukan tentera kerana dengan itu keberkatan dan pertolongan Allah akan sampai.

Jika sebelum ini, wanita muda yang ingin berjalan seorang diri pasti tidak selamat, tetapi pada zaman Khalifah 'Umar Abdul Aziz, mana-mana wanita muda yang ingin berjalan seorang diri pasti akan dijamin selamat! masyaAllah, sampai begitu kesannya.

Di sini, saya mencabar Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri supaya mengeluarkan arahan seperti mana yang dikeluarkan oleh Khalifah 'Umar Abdul Aziz kepada tentera-tenteranya.

Tindakan seperti inilah yang perlu kita contohi bagi membentuk Negara Islam Malaysia yang betul-betul Islam sekaligus memberi harapan untuk kita membina kembali Khilafah Islamiah.

Barulah segala macam masalah yang dihadapi oleh ATM dan PDRM dapat diselesaikan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Selamat Berjuang!

*mohon kritikan yang membina daripada pembaca sekalian kerana penulis merupakan orang yang baru dalam perjuangan

Friday, March 12, 2010

Ke arah membentuk Negara Islam Malaysia (1)

Friday, March 12, 2010
Assalamua'laikum.

Kadang-kadang saya terfikir, apa akan berlaku jika PR memerintah Malaysia pada masa akan datang??

Maksud saya dari segi corak pemerintahan perundangan, pendidikan, sosial, hiburan, kewangan dan sebagainya?? Adakah semuanya akan berlandaskan Islam??

Pada entry kali ini saya ingin menyentuh mengenai hiburan. Bagaimana kerajaan PR akan mengawal hiburan ini supaya tidak berlakunya pergaulan bebas, muzik yang melalaikan, rancangan-rancangan yang mendedahkan aurat, program-program yang tidak memberikan manfaat dan lain-lain??

Industri hiburan pada era kali ini memang amat maju, canggih dan maju ke hadapan. Persoalannya, mampukah PR mengawal industri ini? yang mana kita sendiri tahu bahawa kebanyakan gejala sosial adalah berpunca daripada industri ini.

Saya sebagai rakyat Malaysia dan Mahasiswa Islam yang cintakan Islam mencadangkan supaya kita menoroti sirah junjungan besar Nabi S.A.W.. Bagaimana Nabi S.A.W meng'counter' ataupun mengawal industri hiburan pada zaman pemerintahan Nabi di Mekah dan Madinah dahulu.

Nabi S.A.W menggunakan pendekatan dakwah yang sangat bijaksana (dakwah bil hal) untuk menarik masyarakat jahiliah dahulu kepada Islam. Lihat betapa ramai penduduk Madinah dan Mekah memasuki Islam kerana terpegun dengan keindahan Islam yang dibawa oleh Nabi S.A.W.. Lantas ini membawa kepada perubahan cara hidup dan mengubah struktur dasar di dalam industri hiburan itu sendiri pada waktu tersebut.

Dengan peribadi Nabi S.A.W dan para sahabat yang amat luhur membolehkan rejuvenasi dari segi kehidupan masyarakat jahiliah secara amnya dan industri hiburan secara khasnya daripada industri hiburan berunsurkan jahiliah kepada berunsurkan Islam.

Kerajaan PR terutamanya PAS wajib mengkaji dan mengamalkan segala pendekatan yang dimodelkan oleh Nabi S.A.W untuk diterapkan ke dalam sistem pentadbiran Malaysia jika diberi peluang untuk memerintah Malaysia kelak. Pada pendapat saya, pemimpin-pemimpin PAS dan PR wajib menunjukkan role-model yang terbaik untuk rakyat supaya rakyat boleh menerima tindakan dan arahan daripada mereka.

Bukan mudah untuk membentuk sesebuah Negara Islam. Ia memerlukan kepercayaan daripada rakyat dan saya percaya kepercayaan itu akan wujud jika kita membawa Islam bersama-sama kita.

Insya-Allah, dengan mengikuti sunnah Nabi S.A.W kita pasti akan berjaya.
Barakallahufikum~

Sunday, February 21, 2010

hua3..kah3...

Sunday, February 21, 2010
Berikut (merujuk tajuk di atas) adalah gelakkan masyarakat dunia terhadap sistem kehakiman atau sistem perundangan di negara yang kita sayangi ini...

Mana tidaknya, seramai 50 ahli parlimen Australia menandatangani memorandum supaya kes liwat terhadap Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR dan juga merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Juga Pengerusi Perhubungan Senat Amerika, John Kerry meminta supaya perbicaraan kes DSAI ini dibicarakan dengan adil dan saksama.

Apakah Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang RAPUH? sistem keadilan yang ROSAK? sehinggakan masyarakat antarabangsa memberikan komen sebegitu.

Sy tidak mahu memberikan komen mengenai perbicaraan kes DSAI itu di posting ini. Sy mahu mengulas beberapa komen yang diberikan oleh beberapa orang Tokoh Negara mengenai hal campur tangan pihak luar ini.

Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang :
(boleh rujuk harakahdaily.net mengenai kenyataan beliau)

Ulasan sy:

Malaysia perlu memperbaiki sistem kehakiman dan perundangan sejajar yang Islam kehendaki. Dengan itu barulah negara luar akan berasa kita ini 'GAH' dan mereka tidak akan sewenang-wenang'y mempertikaikan sistem ini. Malah, mungkin kita akan menjadi 'Role-Model' kepada masyarakat antarabangsa berkaitan dengan sistem perundangan ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin :
(boleh rujuk malaysiakini.com mengenai kenyataan beliau)

Ulasan sy :

Ya! memang tidak dinafikan bagi BN bahawa negara ini mempunyai sistem kehakiman yang adil lagi telus. Buktinya adalah, kematian altantuya tiada kena-mengena dengan Dato' Seri Najib dan isterinya Rosmah padahal terdapat bukti yang jelas daripada Bala Subramaniam (Penyiasat Peribadi Pok Jib) yang mengatakan bahawa altantuya merupakan Pok Jib's 'women'.

Ya2..memang keadilan di negara kita sangat mantap bagi puak BN bila mana Mahkamah menyokong Rampasan Kuasa oleh BN di Perak.

Betul3..ketelusan sistem kehakiman kita menyerlah apabila akhbar proksi BN, Utusan Malaysia membuat satu kenyataan yang menghina Mahkamah (rujuk tajuk utama di Utusan yang lepas, "Saya rela tidak diliwat lagi", oleh Saiful Bukhari) seperti yang didakwa oleh Peguam Karpal Singh (Pengerusi DAP) ketika prosiding Kes Liwat Anwar sedang berlangsung namun Mahkamah tidak mengendahkannya.

Apakah ini??!! mungkin Tan Sri kita ini sedang bermimpi kut. Sape2?? tolong kejutkan Tan Sri kita ne...

Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak :
(boleh rujuk malaysiakini.com mengenai kenyataan beliau)

Ulasan sy :

Yup! Penjelasan perlu dibuat terhadap masyarakat Dunia yang memberikan komen tersebut. Akan tetapi, sedikit nasihat yang sy hendak berikan kepada Dato' Seri!! Jelaskanlah hal yang sebenarnya, tegakkanlah kebenaran dan jauhkanlah diri anda daripada kezaliman!! Ubahlah sistem-sistem yang ada di Malaysia ini kepada sistem yang berlandaskan Islam, buangkan terus sistem Barat di negara kita ini. Anda Mampu Mengubah Malaysia!! (ayat ampu)

Tun Abdullah Ahmad Badawi :
(boleh rujuk malaysiakini.com mengenai kenyataan beliau)

Ulasan sy :

Teras kehakiman Malaysia adalah Islam?? bagus2..pada zaman pemerintahan Tun dulu pun kita laksanakan sistem Kehakikam Islam ae?? bagus2..sama-samalah kita fikirkan...

Jelas, kenyataan Tuk Guru kita ini sangat berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno. Sokonglah perjuangan Islam, perjuangan PAS, perjuangan PKR...ayuh!!~~

Sayang Allah~
Sayang Nabi~
Sayang Tuk Guru~




Masjid vs Orang Tua??

Terkilan sy melihat ramai'y orang tua di masjid. Lagi terkilan sy melihat sedikit'y pemuda di masjid. Apakah pemuda sudah xlarat nk pegi masjid?? apakah pakcik2 yang sudah lanjut usia mempunyai kekuatan segagah kekuatan pemuda?? TIDAK!!

hey! Di manakah pemuda ketika mana azan dilaungkan?? di manakah pemuda ketika Imam mengangkat Takbir yang pertama?? di dalam bilik cbuk bermain komputer? di dalam bilik cbuk berbual2 dengan rakan?

teringt satu hadis Habibullah Nabi Muhammad S.A.W. yang mafhum'y seperti berikut :

"Orang tua berada di belakangku, maka pemudalah yang bersama-sama aku menggerakkan negara"

Juga antara golongan yang dapat naungan dari Allah Taala pada Hari Yang Tiada Keraguan bagi' salah satu'y adalah PEMUDA YANG CINTAKAN MASJID...

Justeru, peranan kita sebagai Pemuda Harapan Agama ini haruslah diperhebatkan lagi.

Mana mungkin kita mengatakan bahawa kita adalah pejuang Agama sedangkan solat Jemaah kita tidak jaga...
Mana mungkin kita mampu mecontohi jejak langkah pengikut-pengikut Nabi Isa 'Alaihissolatu wassalam lantaran mereka ditanya, "Siapakah penolong Agama Allah?" lantas mereka (dengan penuh keimanan) menjawab, "Kami adalah penolong-penolong Agama Allah!" jika kita lalai dengan waktu solat...

Masjid juga berperanan penting dalam usaha untuk melibatkan pemuda-pemuda untuk mendekatkan diri dengan masjid...

Sy memuji masjid yang mengadakan program-program kesedaran khusus untuk golongan muda seperti yang dilakukan oleh Masjid Al-Ehsan baru2 ini...

Pelancaran Kelab Seni Silat Gayung yang dirasmikan oleh YB Khalid Samad di masjid tersebut adalah usaha yang bagus bagi menarik pemuda untuk lebih dekat dengan masjid. Bukan sahaja kepentingan Ibadah dapat disentuh, malahan kesihatan fizikal juga dapat dibentuk.

Menurut wakil masjid tersebut, latihan akan diadakan 1 kali seminggu pada hari Jumaat malam selepas solat Isya' berJemaah. Hal ini sangat bagus kerana sebelum memulakan latihan, para peserta dikehendaki untuk solat Isya' di masjid tersebut terlebih dahulu.

Masjid-masjid di seluruh Malaysia perlu 'BrainStorm' idea-idea seperti ini jika kita mahu lahirkan Pemuda yang mantap dari segi Fizikal, Intellektual, Emosional dan Rohani sekaligus merealisasikan gagasan P.I.E.S itu sendiri.

Kepada pemuda-pemuda di seluruh negara..ayuh kita bangkit!!
Jangan kita tenggelam di dunia yang penuh Fantasi...
Jejakkanlah pemikiran dan badan kita di dunia yang Nyata!! Dunia yang penuh kecintaan dan kehambaan kepada Allah Taala..

Selamat Berjuang!!~~


Tuesday, February 16, 2010

Akan Update pas Xam..

Tuesday, February 16, 2010
Assalamua'laikum..

InsyaAllah blog ini akan di'update' selepas fnl xam abh...huhu~
bg penggemar-penggemar blog ne (chewahh!) harap dapat bersabar buat seketika waktu...

penulisnya nak 'focus study'..hehe~ (spe suh x'fcs' selum ne?? keke~)

orait~!

sy puyer xam pada 19 (comp2) n 20 (math4) Feb...
mhn maaf kat sumer atas kesilapan lalu dan akan datang secara zahir ataupun batin..
klu de utang pape gtw deh..kter setel trs! hehe~ halalkn lg bgs...

wasalam..~

Sunday, February 14, 2010

alahai Wanita BN...

Sunday, February 14, 2010
'Mencari jalan penyelesaian atau mencari bala'.

Inilah kenyataan yang dapat dirungkaikan apabila melihat kenyataan Rosmah selaku isteri PM kita yang tersayang dan juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timb Menteri (BAKTI) berkenaan dengan isu kes pembuangan bayi diMalaysiakini pada hari ini. Beliau melahirkan rasa kesal dan berkata bahawa tindakan perlu diambil terhadap individu yang terlibat dalam pembuangan bayi terbabit.


Kes berkenaan pembuangan bayi sudah menjadi seolah-olah perkara biasa kepada masyrakat di negara kita. Kita seharusnya mengambil tindakan untuk MENCEGAH faktor-faktor yang menyebabkan kes ini berlaku iaitu zina dan rogol, bukannya MENGHUKUM individu-individu berkenaan. Perkara ini harus dibendung dan dicantas di peringkat akar umbi lagi. Bermula dengan 'jelajah ke setiap negeri' untuk beri penerangan tentang bahayanya gejala sosial yang tidak sihat ini daripada terus menular di dalam negara yang kita cintai ini.

Juga bukannya kita membuka seluas-luasnya peluang kepada ibu yang melahirkan anak luar nikah untuk meletakkan anak yang tidak bersalah itu di rumah-rumah kebajikan seperti yang dicadangkan oleh Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe kepada Malaysiakini pada hari ini.

Jelas, tahap pemikiran Wanita BN tidak matang dan kelihatan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani masalah ini. Sepatutnya perkara ini diatasi secara mendalam dan mengesan 'ibu'nya terlebih dahulu, barulah masalah ini dapat diatasi secara membumi.

Saya berharap Wanita PR akan berfikiran lebih matang dan rasional serta membumi dalam mencari jalan penyelesaian buat masalah-masalah yang berkaitan dengan wanita.

Selamat berjuang buat Wanita PR!

Saturday, February 13, 2010

Krisis di Pulau Pinang

Saturday, February 13, 2010
Setelah 2 tahun PR mengambil alih tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, pelbagai fitnah, tohmahan dan isu yang hebat diketengahkan oleh UMNO BN semata-mata untuk memberikan gambaran buruk terhadap rakyat negeri tersebut dan rakyat di negara ini terhadap kempimpinan PR.

Isu terbaru yang lantang disuarakan oleh UMNO BN adalah berkaitan tuduhan yang cukup dahsyat kepada Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dengan tuduhan bahawa beliau adalah diktator, komunis dan sebagainya. UMNO BN mendakwa bahawa kerajaan PR di bawah pimpinan Lim Guan Eng mengenepikan hak orang Melayu dan Islam. Mereka mendakwa gerai orang Melayu banyak dirobohkan berbanding gerai Cina dan India.

Berikut adalah petikan daripada Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Mohd Ghazali :

"Perdebatan isu roboh gerai di Pulau Pinang menjadi hangat apabila DPMPP, GPMS dan Umno tiba-tiba bersemangat kononya demi bangsa dan agama.

“Kita nak lihat apakah hujah mereka walhal Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja bertindak terhadap gerai Melayu bahkan Cina dan India turun dikenakan tindakan kerana tidak mengikuti peraturan sejak di zaman Barisan Nasional (BN) lagi, " ujarnya.


Beginilah perangai UMNO BN yang mempermainkan isu 'Melayu' semata-mata untuk meraih simpati masyarakat terhadap mereka. Bermain dengan isu 'Melayu' ini tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Demo ke sana ke mari dengan hanya ingin memperjuangkan 'Melayu' yang kononnya membawa Islam. Apakah perasaan orang Cina dan India Muslim apabila melihat keadaan ini berlaku? Mereka akan merasa bahawa mereka didiskriminasikan. Islam itu membawa Rahmat ke seluruh alam tidak kira muslim atau tidak.

Jadi, adakah betul UMNO BN membawa Islam? Islam hanya pada Banner, Islam hanya pada nama, Islam hanya pada program akan tetapi tiada penghayatan terhadap nilai-nilai Islam yang sebenar. Media UMNO seperti Utusan Malaysia sanggup membiarkan UMNO BN 'menunggai' mereka semata-mata untuk melemparkan pelbagai fitnah, tuduhan keji dan biadap kepada PR. Sebenarnya mereka takut dengan kekuatan PR, mereka menjadi gelisah dan kelam-kabut lalu diperalatkan Utusan Malaysia untuk tujuan jahat terhadap PR.

Kes terbaru berhubung dengan isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Pap! Utusan Malaysia mengwar-warkan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang tidak akan melakukan perarakan tersebut. Pap! TPM Muhyiddin Yassin dengan lagak hero hindustannya menemplak kerajaan Pulau Pinang. Hey! pehal lah dengki sangat dengan PR ne.

Perarakan Maulid Nabi sudah awal-awal lagi dimasukkan dalam kalendar kerajaan negeri. YB Malik dan YB Lim Guan Eng sudah 'declare' bahawa perarakan ini akan dijalankan sekali gus menafikan tuduhan yang tidak berasas itu. 'Sudah terang lagi mau suluh'.

rujuk ini : http://www.malaysiakini.tv/video/18573/penang-govt-never-any-plans-to-cancel-maulidur.html

Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong kerajaan PR yang lebih membawa kepada perpaduan nasional, keadilan yang saksama terhadap semua kaum, bebas penyelewengan rasuah, pengstrukturan ekonomi yang mantap dan keharmonian dalam negara. Marilah kita sama-sama menolak UMNO BN yang semakin lama semakin pudar dalam peta politik di negara kita ini. Tunjukkanlah kuasa kita di PRU 13 nanti!!

salam perjuangan ! Marilah bernaung di Bawah Pentadbiran Islam nescaya kita akan selamat dunia akhirat!


 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates