Monday, April 26, 2010

P.Kamalanathan akan menjadi 'Yes Sir!' yang ke-3 MIC

Monday, April 26, 2010
Keputusan PRK P.94 yang berpihak kepada MIC-BN dengan mendapat undian sebanyak 24, 997 daripada rakyat Hulu Selangor akan menambahkan lagi bilangan wakil rakyat MIC yang mengambil pendekatan 'Yes Sir!' di Dewan Rakyat kelak.

Akan bertambahlah bilangan MP MIC yang menjadi penyeyap. Hal ini akan merugikan rakyat kerana masalah yang dihadapi oleh rakyat Hulu Selangor tidak akan dapat disuarakan di Parlimen.

Sikap 'Yes Sir!' MIC ini yang tunduk kepada UMNO-BN akan mengakibatkan rakyat menjadi sengsara justeru akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang tidak berkebajikan.

Adalah menjadi kewajipan kepada semua Rakyat Malaysia untuk menolak BN di PRU-13 yang akan datang.

Ayuh Rakyat!
Bangkit dengan Keadilan dan Kebenaran!

Banyak Hikmah yang PR Dapat daripada Kekalahan di P.94

Ternyata kekalahan PR di Hulu Selangor pada 25 April yang lalu memberi peluang kepada PR untuk memuhasabah kembali kelemahan dan memperkasakan lagi kekuatan.

PR seharusnya bersyukur kerana Allah memberikan kita peluang untuk menjadi lebih bersedia bagi menghadapi peperangan PRU-13 yang akan berlangsung 2tahun akan datang, insyaAllah.

Sebenarnya istilah 'kekalahan' amatlah tidak sesuai bagi kerana undian yang diperolehi oleh Dato' Zaid masih lagi hebat iaitu 23, 272 undian. Istilah yang sesuai ialah 'tidak menang lagi'.

Kepada jentera-jentera PR, saya selaku rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memerah keringat yang begitu dahsyat sekali dalam usaha untuk meraih pengundi bagi menyokong calon Rakyat iaitu Dato' Zaid Ibrahim.

Marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam segenap aspek terutamanya agama untuk membebaskan Malaysia daripada cengkaman orang-orang yang suka membuat kezaliman!

Ayuh!
Lawan Tetap Lawan!
 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates