Sunday, November 21, 2010

~Jangan Kacau Suami Awak~

Sunday, November 21, 2010


Assalamu'alaikum

Khas Pesanan buat ibundaku Rosmah a.k.a First Lady (Bajet)


Kehadiran Rosmah dalam pentadbiran negara merugikan negara. Merugikan negara dalam erti kata :

1) Membuang wang negara yang begitu banyak iaitu RM111 juta untuk Kementerian 'Permata' dalam bajet 2011 yang akan datang JIKA program ini tidak banyak membantu proses pentarbiyahan adik-adik kita ke arah mengenal Allah dan mengenal ajaran Islam itu sendiri.


2) Melihatkan diri sebagai Malaysian First Lady dengan membelakangi Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah yang sepatutnya menjadi Malaysian First Lady. Ini akan memberikan gambaran yang pelik dan serong oleh masyarakat antarabangsa terhadap keadaan politik di Malaysia.

3) Menjadi penaung kepada Islamic Fashion Festival (IFF) yang sangat jelas dan jauh menyimpang dari ciri-ciri pemakaian Islam yang sebenar. Ini memberikan imej yang sangat buruk terhadap negara kita yang diwar-warkan sebagai 'Negara Islam' sedangkan cara pemerintahannya jauh menyimpang daripada syariat Islam yang sebenar.

Banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan ibundaku ini terlalu menyibukkan diri dalam pemerintahan negara yang dikendalikan oleh suami beliau.

Mohon supaya Allah Taala bagi Hidayah dan Petunjuk kepada kita semua khasnya buat ibundaku yang dikasihi ini.

Tuesday, November 16, 2010

Maksud Tersirat Hadis Islam, Iman dan Ihsan

Tuesday, November 16, 2010
Assalamu'alaikum

HADITS KEDUA

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .

[رواه مسلم]

Arti hadits / ترجمة الحديث :

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

(Riwayat Muslim)

Kita mungkin sudah biasa mendengar hadis ini di mana-mana sahaja sebelum ini. Malah mungkin sesetengah di kalangan kita sudah menghafal malah boleh memberi penjelasan yang sangat jelas ketika mensyarahkan hadis ini.

Namun begitu penulis tidaklah berhajat untuk menghuraikan hadis ini dengan huraian-huraian yang mendalam, cuma penulis tertarik dengan maksud tersirat yang penulis dapat melalui satu ceramah di kampung sebelah.

Antara hikmah tersirat yang disebut oleh Tuan Guru yang terdapat dalam hadis ini ialah:

1) Murid mestilah datang awal sebelum guru datang. Hal ini dapat dibuktikan ketika mana Malaikat Jibril A.S mendatangi Rasulullah S.A.W. (Nabi sebagai murid, Jibril A.S. sebagai guru)

2) Guru dan murid tidaklah menggunakan perkataan yang terlalu hormat-menghormati. Seperti mana Jibril memanggil Nabi Muhammad "Ya Muhammad". Sebagai contoh, jika terdapat PM atau TPM atau YB yang menghadiri kuliah-kuliah pengajian, tidaklah guru perlu memanggil mereka dengan panggilan Dato' Seri, Yang Berhormat dan sebagainya.

3) Murid mestilah berada dekat dengan guru ketika belajar sebagaimana dalam hadis menyatakan bahawa Malaikat Jibril A.S duduk rapat lutut dengan lutut Nabi S.A.W..

4) Guru mestilah berpenampilan kemas dan bersih sepertimana Jibril A.S berpakaian putih, kemas suci dan bersih.

Itu sahaja. Mungkin ada hikmah-hikmah lain yang boleh difikirkan. Selamat beramal~


Monday, November 15, 2010

Jangan Berbalah, Tunjuklah Akhlak yang Tinggi

Monday, November 15, 2010
Assalamu'alaikum

Pelbagai masalah yang timbul di dalam sesuatu parti apabila menjelangnya sesi pemilihan pimpinan pusat dan juga pimpinan di setiap peringkat. Sesetengah daripada mereka hanya bertanding untuk mengejar pangkat dan nama, itulah sebabnya berlakunya penipuan, provokasi dan fitnah di antara rakan seperjuangan.

PKR menghadapi masalahnya tersendiri. Ader dakwaan bahawa berlakunya penipuan ataupun sabotaj dalam pemilihan pimpinan yang sedang berlangsung sekarang. Moga-moga pimpinan PKR sekarang dapat mengatasi masalahnya dengan penuh hikmah dan berkesan.

DAP Perak juga mengalami perpecahan puak di antara Ngeh Koo Ham dan M Kulasegaran dalam pemilihan di peringkat negeri baru-baru ini. Walau bagaimanapun, bagi penulis usaha Ngeh untuk berdamai dengan Kula memang sangat terbaik dengan menawarkan jawatan Naib Pengerusi kepadanya.


PAS juga tidak terlepas dengan wujudnya puak-puak ketika pemilihan peringkat pimpinan pusat. Teringat dulu adanya golongan Professional dan golongan 'Ulama. Akan tetapi, perkara tersebut telah dapat dihadapi secara bersama dengan penuh hikmah dan kesabaran. Penulis melihat semua calon PAS yang bertanding memiliki satu sifat yang wajib diberikan pujian oleh masyarakat Malaysia, iaitu 'Rendah Diri'. Syabas PAS!

Betol lah ader firman Allah Taala yang menyuruh kita untuk berangkat dalam keadaan yang senang atau susah untuk berjihad di jalan Allah dan mengorbankan harta dan selepas itu baru disebut mengorbankan nyawa. Hal ini kerana harta itu lebih susah untuk dikorbankan berbanding nyawa. yeker? (kalau salah tolong betolkan) Harta itu termasuklah jawatan, nama, kekayaan yang kita miliki atau akan miliki.

Jadi apabila tibanya masa untuk pemilihan apa-apa jawatan yang membolehkan manusia itu berkuasa, maka dengan mudah manusia digoda dengan nafsu keduniaan ini. Yelah, siapa tanak kaya? siapa tanak tinggal rumah besar, selesa dan mewah? siapa tanak kereta mewah? Siapa tanak orang tgk kita ne hebat?

Ahli-ahli gerakan Islam yang mengaku berjuang di jalan Allah Taala harus menyahut seruan Allah Taala itu dengan sungguh-sungguh! Katakan tidak kepada dunia! aku berjuang kerana Allah! aku memegang jawatan kerana ingin tegakkan syariat Allah! insyaAllah, sepanjang kita bertugas, kita akan sentiasa memikirkan akhirat. Segala perkara yang kita uruskan akan dipengaruhi dengan ruh akhirat sama ada dari segi pengurusan kewangan, kehakiman, pendidikan, pertanian dan lain-lain.

Akhlak yang tinggi perlu kita tanam dalam diri kita. Hal ini lah yang akan membezakan kita dengan pemimpin-pemimpin yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar mereka.

Perkara ini juga boleh diamalkan di peringkat mahasiswa ataupun pelajar sekolah.

Jika ini menjadi pegangan kita nescaya pemilihan pimpinan di setiap peringkat akan berjalan dengan lancar penuh keberkatan dari Allah Taala. Imam Ghazali pernah menyebut bahawa jangan berdoa untuk dipilih sebagai pemimpin, jika dipilih sebagai pemimpin bersedialah untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Wallahu'alam.


Saturday, November 13, 2010

Indonesi Dulu dan Indonesia Sekarang

Saturday, November 13, 2010
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, akhirnya kembali juga aku dalam bidang penulisan ne setelah sekian lama menyepi..hehe..

Keadaan yang berlaku kat Indonesia kebelakangan ne memang sangat menyayat hati masyarakat antarabangsa. Bermula dengan peristiwa bencana tsunami yang melanda Aceh dan sehingga ke peristiwa Merapi Berapi. Mungkin ini bukanlah bencana alam yang terjadi dengan semula jadi, tetapi amaran atau musibah yang Allah Taala turunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. yang semakin lama semakin jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Wallahu'alam.

Kita tengok dahulu Indonesia adalah sebuah negara Islam yang melahirkan ramai Ulama' yang hebat sama ada dari segi ilmu dan juga sifat kepimpinannya. Indonesia dahulu merupakan medan yang terbaik bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu agama daripada Teungku-teungku, Kiai-kiai dan Tuk guru-tuk guru di rantau ini. Malah mengikut pengiraan saya, Gerakan Islam yang terawal yang wujud di Asia ini adalah di Indonesia ketika mana penjajah Belanda menjajah negara tersebut. (kalau salah tolong perbaiki ye)

Ketika zaman penjajahan tersebut, ramai ulama'-ulama' Islam yang bangkit memimpin masyarakat dan menubuhkan Gerakan Islam bagi menyekat kemaraan penjajah-penjajah ini sekaligus mengusir mereka daripada terus berada di bumi Indonesia. Kita boleh mengambil contoh perjuangan Teungku Chik di Tiro. Beliau adalah seorang ulama', mujahid dan tokoh reformis di mata rakyat Indonesia. Beliau memimpin gerakan rakyat Indonesia untuk menentang penjajahan Belanda ketika itu.

Begitu juga dengan Teungku Chik Kuta Karang di Aceh. Beliau seorang ulama yang mahir dalam semua ilmu sama ada ukhrawi dan duniawi. Beliau pernah menulis sebuah buku yang bertujuan untuk membangkitkan semangat warga Aceh yang ketika itu lesu untuk berjuang menentang penjajahan Barat. Beliau juga pernah menulis buku mengenai perubatan, bagaimana cara-cara hendak merawat tentera yang cedera semasa berada di dalam hutan. Buku mengenai ilmu falak juga pernah dikarang oleh beliau bagi tujuan memudahkan para pejuang Islam menentukan arah ketika berada di hutan pada waktu malam. Buku mengenai pertanian pun pernah dikarang oleh beliau dan banyak lagi buku-buku yang menjadi panduan rakyat Aceh pada waktu tersebut.

Ramai lagi ulama-ulama di Indonesia yang memainkan peranan yang sangat penting dalam mentarbiah masyarakat supaya berada di jalan pemanduan Islam yang sebenar.

Melihat kepada perkembangan Indonesia sekarang, banyak bencana yang berlaku di sana. Baru-baru ini kakak penulis yang baru sahaja ke Bandung. Dia kata,

"Indonesia dah tak sama macam dulu, dah tak nampak macam negara Islam, pakaian kalau kat hotel tu, semua seksi-seksi"

hu..adik penulis ada kenalan Indonesia, dia tanya keadaan di Indonesia sekarang macam mana, kenalan Indonesia tu kata,

"Indonesia dah macam negara Barat"

Penulis bukannya hendak membuka aib mana-mana pihak, keadaan ini sama sahaja dengan Malaysia. Penulis cuma ingin mengaitkan kejadian-kejadian yang terbaru yang melanda Indonesia sejak kebelakangan ini sebagai batu loncatan untuk kita bermuhasabah bersama-sama. Penulis bangga dengan usaha yang giat dilakukan oleh ulama'-ulama' Indonesia pada waktu ini untuk mengembalikan masyarakat Indonesia ke landasan Islam yang tulen. Pesantren-pesantren juga banyak di Aceh. Lagipun penulis teringin hendak ke pesantren Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki untuk bertalaqqi dengan beliau. Mohon doa sahabat dipermudahkan oleh Allah Taala ye.

'Ala kulli hal, moga kita menjadi orang yang bertaqwa di sisi Allah Taala.
 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates