Sunday, November 21, 2010

~Jangan Kacau Suami Awak~

Sunday, November 21, 2010


Assalamu'alaikum

Khas Pesanan buat ibundaku Rosmah a.k.a First Lady (Bajet)


Kehadiran Rosmah dalam pentadbiran negara merugikan negara. Merugikan negara dalam erti kata :

1) Membuang wang negara yang begitu banyak iaitu RM111 juta untuk Kementerian 'Permata' dalam bajet 2011 yang akan datang JIKA program ini tidak banyak membantu proses pentarbiyahan adik-adik kita ke arah mengenal Allah dan mengenal ajaran Islam itu sendiri.


2) Melihatkan diri sebagai Malaysian First Lady dengan membelakangi Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah yang sepatutnya menjadi Malaysian First Lady. Ini akan memberikan gambaran yang pelik dan serong oleh masyarakat antarabangsa terhadap keadaan politik di Malaysia.

3) Menjadi penaung kepada Islamic Fashion Festival (IFF) yang sangat jelas dan jauh menyimpang dari ciri-ciri pemakaian Islam yang sebenar. Ini memberikan imej yang sangat buruk terhadap negara kita yang diwar-warkan sebagai 'Negara Islam' sedangkan cara pemerintahannya jauh menyimpang daripada syariat Islam yang sebenar.

Banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan ibundaku ini terlalu menyibukkan diri dalam pemerintahan negara yang dikendalikan oleh suami beliau.

Mohon supaya Allah Taala bagi Hidayah dan Petunjuk kepada kita semua khasnya buat ibundaku yang dikasihi ini.

2 comments:

k u f a i z said...

bgos. lagi bagos kalau rosmah tu ade blog@facebook. bleh hantar surat cinta nih kat dia

Techno Boyz said...

haha..tu la..dye ader fb or blog ker??

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates