Monday, November 15, 2010

Jangan Berbalah, Tunjuklah Akhlak yang Tinggi

Monday, November 15, 2010
Assalamu'alaikum

Pelbagai masalah yang timbul di dalam sesuatu parti apabila menjelangnya sesi pemilihan pimpinan pusat dan juga pimpinan di setiap peringkat. Sesetengah daripada mereka hanya bertanding untuk mengejar pangkat dan nama, itulah sebabnya berlakunya penipuan, provokasi dan fitnah di antara rakan seperjuangan.

PKR menghadapi masalahnya tersendiri. Ader dakwaan bahawa berlakunya penipuan ataupun sabotaj dalam pemilihan pimpinan yang sedang berlangsung sekarang. Moga-moga pimpinan PKR sekarang dapat mengatasi masalahnya dengan penuh hikmah dan berkesan.

DAP Perak juga mengalami perpecahan puak di antara Ngeh Koo Ham dan M Kulasegaran dalam pemilihan di peringkat negeri baru-baru ini. Walau bagaimanapun, bagi penulis usaha Ngeh untuk berdamai dengan Kula memang sangat terbaik dengan menawarkan jawatan Naib Pengerusi kepadanya.


PAS juga tidak terlepas dengan wujudnya puak-puak ketika pemilihan peringkat pimpinan pusat. Teringat dulu adanya golongan Professional dan golongan 'Ulama. Akan tetapi, perkara tersebut telah dapat dihadapi secara bersama dengan penuh hikmah dan kesabaran. Penulis melihat semua calon PAS yang bertanding memiliki satu sifat yang wajib diberikan pujian oleh masyarakat Malaysia, iaitu 'Rendah Diri'. Syabas PAS!

Betol lah ader firman Allah Taala yang menyuruh kita untuk berangkat dalam keadaan yang senang atau susah untuk berjihad di jalan Allah dan mengorbankan harta dan selepas itu baru disebut mengorbankan nyawa. Hal ini kerana harta itu lebih susah untuk dikorbankan berbanding nyawa. yeker? (kalau salah tolong betolkan) Harta itu termasuklah jawatan, nama, kekayaan yang kita miliki atau akan miliki.

Jadi apabila tibanya masa untuk pemilihan apa-apa jawatan yang membolehkan manusia itu berkuasa, maka dengan mudah manusia digoda dengan nafsu keduniaan ini. Yelah, siapa tanak kaya? siapa tanak tinggal rumah besar, selesa dan mewah? siapa tanak kereta mewah? Siapa tanak orang tgk kita ne hebat?

Ahli-ahli gerakan Islam yang mengaku berjuang di jalan Allah Taala harus menyahut seruan Allah Taala itu dengan sungguh-sungguh! Katakan tidak kepada dunia! aku berjuang kerana Allah! aku memegang jawatan kerana ingin tegakkan syariat Allah! insyaAllah, sepanjang kita bertugas, kita akan sentiasa memikirkan akhirat. Segala perkara yang kita uruskan akan dipengaruhi dengan ruh akhirat sama ada dari segi pengurusan kewangan, kehakiman, pendidikan, pertanian dan lain-lain.

Akhlak yang tinggi perlu kita tanam dalam diri kita. Hal ini lah yang akan membezakan kita dengan pemimpin-pemimpin yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar mereka.

Perkara ini juga boleh diamalkan di peringkat mahasiswa ataupun pelajar sekolah.

Jika ini menjadi pegangan kita nescaya pemilihan pimpinan di setiap peringkat akan berjalan dengan lancar penuh keberkatan dari Allah Taala. Imam Ghazali pernah menyebut bahawa jangan berdoa untuk dipilih sebagai pemimpin, jika dipilih sebagai pemimpin bersedialah untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Wallahu'alam.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates