Friday, March 12, 2010

Ke arah membentuk Negara Islam Malaysia (1)

Friday, March 12, 2010
Assalamua'laikum.

Kadang-kadang saya terfikir, apa akan berlaku jika PR memerintah Malaysia pada masa akan datang??

Maksud saya dari segi corak pemerintahan perundangan, pendidikan, sosial, hiburan, kewangan dan sebagainya?? Adakah semuanya akan berlandaskan Islam??

Pada entry kali ini saya ingin menyentuh mengenai hiburan. Bagaimana kerajaan PR akan mengawal hiburan ini supaya tidak berlakunya pergaulan bebas, muzik yang melalaikan, rancangan-rancangan yang mendedahkan aurat, program-program yang tidak memberikan manfaat dan lain-lain??

Industri hiburan pada era kali ini memang amat maju, canggih dan maju ke hadapan. Persoalannya, mampukah PR mengawal industri ini? yang mana kita sendiri tahu bahawa kebanyakan gejala sosial adalah berpunca daripada industri ini.

Saya sebagai rakyat Malaysia dan Mahasiswa Islam yang cintakan Islam mencadangkan supaya kita menoroti sirah junjungan besar Nabi S.A.W.. Bagaimana Nabi S.A.W meng'counter' ataupun mengawal industri hiburan pada zaman pemerintahan Nabi di Mekah dan Madinah dahulu.

Nabi S.A.W menggunakan pendekatan dakwah yang sangat bijaksana (dakwah bil hal) untuk menarik masyarakat jahiliah dahulu kepada Islam. Lihat betapa ramai penduduk Madinah dan Mekah memasuki Islam kerana terpegun dengan keindahan Islam yang dibawa oleh Nabi S.A.W.. Lantas ini membawa kepada perubahan cara hidup dan mengubah struktur dasar di dalam industri hiburan itu sendiri pada waktu tersebut.

Dengan peribadi Nabi S.A.W dan para sahabat yang amat luhur membolehkan rejuvenasi dari segi kehidupan masyarakat jahiliah secara amnya dan industri hiburan secara khasnya daripada industri hiburan berunsurkan jahiliah kepada berunsurkan Islam.

Kerajaan PR terutamanya PAS wajib mengkaji dan mengamalkan segala pendekatan yang dimodelkan oleh Nabi S.A.W untuk diterapkan ke dalam sistem pentadbiran Malaysia jika diberi peluang untuk memerintah Malaysia kelak. Pada pendapat saya, pemimpin-pemimpin PAS dan PR wajib menunjukkan role-model yang terbaik untuk rakyat supaya rakyat boleh menerima tindakan dan arahan daripada mereka.

Bukan mudah untuk membentuk sesebuah Negara Islam. Ia memerlukan kepercayaan daripada rakyat dan saya percaya kepercayaan itu akan wujud jika kita membawa Islam bersama-sama kita.

Insya-Allah, dengan mengikuti sunnah Nabi S.A.W kita pasti akan berjaya.
Barakallahufikum~

2 comments:

najibah kazmin said...

assalamualaikum.

mengikut ust sendiri, apa cara yg boleh PR buat?
ana mmbayangkn industri hiburan di Iran (kalau x silap) yg mana pelakon perempuan pn brtudung.

wallahu'alam

Techno Boyz said...

yup2..pada pndpt ana..kelantan pn da blh jd role-model..
buat garis panduan bg setiap artis2 :
1)kne ttp aurat
2)bler nk wat konsert asing min mat
3)lagu mestilah berjiwa ketuhanan
4)bka ngn al-fatihah dlu sebelum mula konsert, akhiri ngn bacaan almulk klu wat mlm

Post a Comment

 
Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates